Ernita Baharudin, 37, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang berusia setahun di sebuah taska di Sentul, di sini pada 5 petang, 22 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Sabri menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam Mazhar Abdul Malek yang mewakili Ernita memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan RM1,200 sebulan.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 4 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA