ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Oktober 2024.


1. AS tekad selesaikan konflik Hezbollah-Israel berdasarkan Resolusi 1701 PBB - Hochstein

Kerajaan AS berhasrat memastikan konflik ini adalah yang terakhir di Lubnan untuk generasi akan datang.



2. Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban

Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.


3. Aktivis sayap kanan Israel anjur persidangan buka petempatan Yahudi di Gaza

Semasa persidangan, bengkel diadakan untuk mengajar cara membina petempatan tanpa kebenaran rasmi kerajaan.


4. Peladang zaitun Palestin diserang dengan gas toksik, hasil tanaman dimusnahkan

Walaupun diancam tentera Israel, para sukarelawan antarabangsa enggan meninggalkan kawasan tersebut dan terus membantu petani memetik zaitun.


5. Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.


6. WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan

Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.


7. Jet pejuang terhempas, Tentera Laut AS isytihar 2 kru hilang meninggal dunia

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengisytiharkan kematian dua kru yang hilang susulan nahas jet pejuang di kawasan pergunungan Washington awal minggu ini.


8. Duta AS Hochstein adakan perbincangan gencatan senjata dalam lawatan ke Lubnan

Beliau dijangka bertemu dengan Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati, dan Speaker Parlimen, Nabih Berri.


9. Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia

Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.


10. Gencatan senjata Lubnan: Israel hantar senarai tuntutan kepada White House

Dokumen tersebut dihantar ke White House minggu lalu, sebelum lawatan utusan AS Amos Hochstein ke Lubnan hari ini.