ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Ogos 2024.


1. Honduras akhiri perjanjian ekstradisi dengan AS

Honduras pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu akan menamatkan perjanjian ekstradisi dengan Amerika Syarikat (AS), menuduh Washington campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.



2. Taufan Shanshan: Lebih 50 cedera di barat daya Jepun

Sekurang-kurangnya 54 orang cedera selepas taufan kuat melanda Kyushu, pulau utama di barat daya Jepun pada awal pagi Khamis.


3. 8 kematian akibat wabak Listeria, 21 kes penyakit virus Oropouche di AS

Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 50 kes jangkitan dan lapan kematian akibat wabak Listeria, menurut data terkini yang dikeluarkan pada Rabu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.


4. Apple pecat 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital, jejas beberapa aplikasi

Pemecatan turut melibatkan peranan kejuruteraan dan pasukan perkhidmatan lain termasuk yang mengendalikan Apple News.


5. Mahkamah tertinggi Brazil ancam gantung operasi X di negara itu

Elon Musk diarah namakan seorang wakil undang-undang X di Brazil atau berhadapan tindakan digantung operasi media sosial itu.


6. Pelajar jurusan undang-undang berarak bantah reformasi badan kehakiman Mexico

Reformasi tersebut akan menyaksikan hampir 7,000 hakim, majistret, dan hakim termasuk Mahkamah Agung dipilih melalui undian rakyat.


7. Tentera Israel terus serang Tebing Barat, 10 rakyat Palestin maut

Serangan tersebut disifatkan antara terbesar yang dilihat di Tebing Barat dalam beberapa bulan ini selepas beberapa serangan kecil di lokasi tersebut.


8. Vietnam kemuka cadangan perangi jenayah rentas sempadan ASEAN

Menteri Keselamatan Awam Vietnam seru kerjasama serantau yang lebih erat dalam memerangi jenayah rentas sempadan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN.


9. Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis

Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.


10. FBI edar foto senjata yang digunakan dalam cubaan membunuh Trump

FBI turut mengesahkan tiada penembak kedua yang mensasarkan bekas Presiden pada hari kejadian.