ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Ogos 2024.


1. Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin

Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.



2. Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel

Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.


3. Rawat rakyat Palestin: 'Bukan kali pertama Malaysia bantu rakyat negara lain' - Saifuddin

Saifuddin Nasution menegaskan langkah seperti membawa rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis mendapatkan perlindungan di Malaysia bukan kali pertama dilakukan.


4. 88 kes mpox dikesan di Indonesia

Taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.


5. Bendera Malaysia, sepanduk wajah PM hiasi New Delhi

Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.


6. Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa

Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).


7. Sokong Palestin: Himpunan besar-besaran di Chicago menjelang Konvensyen Nasional Demokrat

Satu perhimpunan besar-besaran sedang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS) menjelang pembukaan Konvensyen Nasional Demokrat.


8. Ratusan anggota bomba dikerah padam kebakaran Pulau Madeira

Usaha memadam api kebakaran itu dilaporkan berdepan kesukaran berikutan angin kencang.


9. Kamala Harris seru genjatan senjata dalam kempen di Pennsylvania

Kamala Harris memulakan kempen merentasi barat Pennsylvania dengan menyeru perjanjian gencatan senjata untuk Gaza.


10. Kapal Filipina didakwa 'sengaja langgar' kapal China di Laut China Selatan

China dakwa, Filipina telah berulang kali mencetuskan provokasi dan menimbulkan masalah, melanggar peraturan sementara antara dua negara.