GAZA: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan bom Israel di bandar Jabalia di utara Gaza, menurut kenyataan pasukan penyelamat kecemasan pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan bom Israel di bandar Jabalia, utara Gaza, pada Sabtu.
  • Mayat mangsa dipindahkan ke hospital Al-Ahli Baptist, dengan beberapa orang lagi masih hilang di bawah runtuhan.
  • Serangan udara memusnahkan beberapa rumah di kawasan kejiranan padat penduduk, menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera dan 14 orang hilang.


Mayat mangsa dilapor telah dipindahkan ke hospital Al-Ahli Baptist, menurut ketua perkhidmatan kecemasan di utara Gaza, Fares Afana.

Fares berkata selain mangsa yang terbunuh, terdapat juga mangsa yang cedera serta beberapa lagi yang masih hilang di bawah runtuhan, lapor CNN.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan beberapa serangan udara melanda kawasan kejiranan padat penduduk di Jabalia pada waktu malam, yang memusnahkan beberapa buah kediaman.

Wafa melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera dan 14 orang hilang, memetik kenyataan penyelamat kecemasan.

Usaha menyelamat masih dijalankan.