ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Julai 2023.


1. Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha pada Jumaat - Hamas

Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh akan dibawa ke Doha, Qatar selepas majlis penghormatan terakhir di Tehran yang dijadual pada Khamis sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.



2. Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’ - Hamas

Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’, kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.


3. Menteri Israel meraikan pembunuhan Ismail Haniyeh

Menteri Warisan Israel Amichai Eliyahu berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, "menjadikan dunia lebih baik".


4. 85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.


5. Israel dakwa bunuh komander Hezbollah, Fu’ad Shukr dalam serangan di selatan Beirut

Komander Hezbollah, Fu’ad Shukr didakwa telah terbunuh dalam serangan rejim Israel di selatan Lubnan pada Selasa, kata Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan yang dikeluarkan.


6. Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan

Sekurang-kurangnya 60 individu di pejabat ByteDance Singapura, syarikat induk TikTok menerima rawatan selepas disyaki keracunan makanan, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Straits Times.


7. Angka korban tanah runtuh di selatan India hampir 100 mangsa, ramai hilang

Angka kematian akibat tanah runtuh di Kerala, India, pada Selasa telah meningkat hampir 100 orang apabila lebih banyak mayat ditemukan.


8. Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen

Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.


9. Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.


10. Ireland raih emas pertama Olimpik Paris

Perenang Daniel Wiffen merangkul pingat emas pertama Ireland dalam Sukan Olimpik Paris sambil mencipta rekod baharu temasya itu menerusi acara akhir 800 meter (m) gaya bebas lelaki pada Selasa.