ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mac 2024.
1. ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin yang dikepung di Gaza.
2. PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
3. 45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
4. Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
5. Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
6. Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Lebih 100 pelajar Nigeria yang diculik pada awal Mac lalu dibebaskan oleh tentera dan pulang ke komuniti mereka di negeri barat laut Kaduna pada Khamis.
7. X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
Elon Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun. Sekiranya sebelum ini pengguna hanya menerima ciri tambahan secara berbayar, dengan perubahan baharu ini, X akan mula menawarkan ciri berkenaan secara percuma.
8. Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada Khamis dalam kes penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).
9. Microsoft buang WordPad melalui kemas kini Windows 11 24H2
Microsoft kini memaklumkan mereka akan membuang perisian terbina WordPad pada semua edisi Windows, melalui kemas kini Windows 11 (24H2) yang akan ditawarkan kelak pada tahun ini.
10. Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Suami kepada pelakon Sandra Dewi, Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
Astro Awani
Fri Mar 29 2024

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.