ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mac 2024.


1. Semenanjung Gaza bagaikan neraka bagi ibu hamil dan anak kecil

Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan ekoran serangan tanpa henti tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki bulan kelima.



2. 8,900 wanita Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel di Gaza sejak 7 Oktober

Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas, menurut pejabat media Gaza, lapor Agensi Anadolu.


3. Indonesia lupus lebih 2,000 bun susu yang dirampas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Pihak berkuasa Indonesia melupuskan sebanyak 2,564 bun susu yang dirampas daripada penumpang di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta menerusi 33 tindakan penguatkuasaan pada Februari.


4. Indonesia sumbang 10 juta dos vaksin polio kepada Afghanistan

Indonesia melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Indonesia (AID Indonesia) menghantar 10 juta dos vaksin polio ke Afghanistan yang bakal memberi manfaat kepada 3.3 juta kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.


5. Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan

Perbandaran Kota Suci Mekah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan dengan mempergiat pemeriksaan sampel makanan yang dipamer dan disediakan di pasar, restoran dan gerai sekitar Tanah Haram.


6. Pencipta manga Jepun Dragon Ball, Akira Toriyama meninggal dunia

PENCIPTA Dragon Ball, salah satu komik Jepun yang paling berpengaruh dan terlaris sepanjang zaman menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun, awal bulan ini.


7. Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Khamis menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang bulan suci Ramadan.


8. Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021

LEBIH 280 pelajar sekolah diculik di bandar Kuriga di barat laut Nigeria pada Khamis, yang disifatkan sebagai kes penculikan terbesar sejak 2021.


9. Apple mudahkan pengguna iPhone pindah ke Android hujung tahun ini

PROSES berpindah daripada Android ke iOS adalah mudah kerana wujudnya aplikasi Move to iOS.


10. Sejumlah warga Yogyakarta sudah solat Tarawih, puasa pula bermula semalam

BERBEZA dengan majoriti umat Islam yang lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat Tarawih pada Rabu lalu (6 Mac), secara tidak langsung tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula semalam (Khamis).