ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.


1. Kumpulan Houthi lancar peluru berpandu sasar kapal dagang Denmark di Laut Merah - CENTCOM

Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan empat peluru berpandu anti-kapal dengan sekurang-kurangnya tiga daripada peluru itu menyasarkan kapal dagang Denmark MT Pollux di Laut Merah, menurut Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) pada Sabtu, lapor Sputnik.



2. Pemilu 2024: Ekspresi wajah lucu pelawak di kertas undi jadi tular

NAMA pelawak senior Indonesia, Komeng menjadi buah mulut sejak Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung 14 Februari lalu.


3. Haiwan vertebrat terkecil dunia kini ialah kodok kutu Brazil

HAIWAN vertebrat terkecil dunia telah disahkan adalah kodok kutu (flea toad) yang hanya boleh dijumpai di Brazil. Kodok dengan nama saintifik Brachycephalus pulex ini mempunyai panjang purata 7mm sahaja.


4. Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025

IBU kota yang dikatakan berada di masa hadapan dahulunya adalah New York, kemudiannya Tokyo, Shenzen dan kini berpindah Dubai.


5. OpenAI kini bernilai sekitar AS$80 bilion

OPENAI kini dilaporkan menjual beberapa saham sedia ada, sekali gus menilaikan syarikat yang memfokuskan kecerdasan buatan berkenaan pada nilai mencapai AS$80 bilion.


6. Harimau 'kutip' botol plastik sindiran kepada manusia

RAKAMAN video seekor harimau liar mengutip bekas botol plastik dalam sebuah taman negara di India tular di media sosial baru -baru ini telah 'menginsafkan' netizen supaya menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah merata-rata.


7. Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra telah dibebaskan dengan parol, selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di sebuah hospital di sini.


8. Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023

Thailand berada di kedudukan ke-63 dalam Indeks Demokrasi Economist Intelligence Unit (EIU) 2023 selepas mencatat skor sebanyak 6.35 mata.


9. Singapura percaya penubuhan dua negara penyelesaian terbaik konflik Israel-Palestin

Singapura berpegang tegas kepada pendiriannya bahawa penubuhan dua negara adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik di antara Israel dan Palestin.


10. Pertunjukan fesyen di Muzium British cetus kemarahan menteri Greece

Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni pada Ahad mendakwa pertunjukan fesyen di hadapan arca Parthenon di Muzium British merupakan penghinaan kepada karya-karya agung pengukir dan arkitek Yunani purba, Phidias.