ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Januari 2024.


1. Perkhidmatan Boeing 737 MAX 9 digantung hingga notis lanjut - FAA

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak, menurut FAA menerusi laman sesawangnya pada Jumaat.



2. 12 maut dalam nahas babitkan bas di Nepal

Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat, lapor Xinhua.


3. Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan

Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) telah memenangi pilihan raya presiden Taiwan.


4. Hyundai bangun EV boleh bergerak ke sisi

SEMASA mengambil lesen memandu antara ujian yang paling digeruni ialah memasukkan kereta ke dalam kotak parkir sisi. Ramai yang gagal di sini kerana tidak boleh mengagak jarak dengan baik atau enjin mati.


5. UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine

Perdana Menteri Britain Rishi Sunak umum meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine dan tambahan bantuan ketenteraan kepada Kiev untuk membeli dron.


6. PBB bimbang serangan AS, UK ke atas Houthi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan risiko pertempuran di rantau Asia Barat semakin memuncak susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Houthi di Yaman.


7. Model antarabangsa Naomi Campbell beri 'hati' kepada Putera Mateen

DARI Brunei ke Malaysia sehingga ke kota London, Istiadat Akad Nikah Diraja antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah masih menjadi topik perbualan ramai.


8. Hanya bercakap sejam sehari selama 32 tahun

Seorang wanita berusia 85 tahun bersedia menamatkan ikrar selama 30 tahun dengan hanya berdiam diri dan bercakap selama sejam sehari.


9. Israel secara sistematik nafi akses bantuan ke utara Gaza

Ketua Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di Palestin, Adrea de Domenico mendakwa pihak berkuasa Israel secara sistematik menafikan akses ke utara Gaza untuk penghantaran bantuan.


10. Pertahan diri bukan jawapan bunuh rakyat Palestin - Afrika Selatan

Israel telah gagal untuk menyangkal tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) oleh kerajaan Afrika Selatan.