ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Disember 2023.
1. 11 pendaki Gunung Marapi, Indonesia maut
Sejumlah 11 pendaki disahkan maut oleh anggota penyelamat Indonesia berikutan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat petang semalam.
2. 47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.
3. Israel sambung operasi darat ke atas seluruh Semenanjung Gaza
Jurucakap tentera Zionis mengesahkan ia kini memulakan semula operasi darat memburu Hamas di seluruh Semenanjung Gaza.
4. Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.
5. Qatar gesa siasatan antarabangsa berkenaan 'jenayah Israel' di Gaza
Perdana Menteri Qatar memaklumkan negaranya menggesa "siasatan antarabangsa segera yang terperinci dan tidak berat sebelah" berkaitan apa yang disifatkan sebagai jenayah Israel ke atas Gaza.
6. Kekejaman Zionis: Pemimpin Muslim Amerika ikrar tolak Biden
Pemimpin Muslim di beberapa negeri penting berikrar untuk menentang usaha Presiden Joe Biden untuk kembali memimpin Amerika Syarikat kerana sokongannya terhadap Israel di Gaza.
7. Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman maut di Misa Katolik di Filipina pada Ahad, yang mengorbankan empat nyawa dan cederakan 50 yang lain.
8. COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
9. Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
10. Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Dua juruterbang Tentera Udara India terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.
Astro Awani
Mon Dec 04 2023
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam letupan Gunung Marapi Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam letupan Gunung Marapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701667983_TBMountMarapijp.jpg)
Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam letupan Gunung Marapi
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Marapi di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
![Cuaca buruk jejas usaha cari mangsa di Gunung Marapi Cuaca buruk jejas usaha cari mangsa di Gunung Marapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701763610_TBPendakijpg.jpg)
Cuaca buruk jejas usaha cari mangsa di Gunung Marapi
Usaha mencari dan menyelamat mangsa letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia terhalang oleh hujan serta jalan yang lincin.
![47 pendaki terkandas di Gunung Marapi 47 pendaki terkandas di Gunung Marapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701674978_Merapivolcano.jpg)
47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.
![Gunung Marapi meletus, 164 pendaki diselamatkan Gunung Marapi meletus, 164 pendaki diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673258247_Gunungberapi.jpg)
Gunung Marapi meletus, 164 pendaki diselamatkan
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Ahad memindahkan 164 pendaki dari kawasan Gunung Marapi yang meletus di bandar Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat.