ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Oktober 2023.


1. 'Dana kemanusiaan Palestin perlu diurus dengan cekap, jangan ambil kesempatan' - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada semua pihak terutama badan sukarelawan kemanusiaan yang mengumpul dana bagi rakyat Palestin agar tidak mengambil kesempatan atas kesengsaraan rakyat Palestin ketika ini.



2. OIC gesa henti segera serangan kejam Israel ke atas penduduk Palestin

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera.


3. 20 trak bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memaklumkan bahawa Presiden Mesir telah bersetuju untuk membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan menyeberang laluan berkenaan.

4. PM UK ke Israel untuk bertemu Netanyahu dan Herzog

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak berkunjung ke Israel hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel, Isaac Herzog.


5. Majlis Keselamatan PBB gagal luluskan resolusi gencatan kemanusiaan di Gaza

Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam Majlis Keselamatan badan itu, yang gagal meluluskan resolusi berkaitan gencatan kemanusiaan.


6. AS veto resolusi UNSC mengenai gencatan kemanusiaan di Gaza

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.


7. Dewan Perwakilan AS gagal pilih Speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu gagal memilih speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian.


8. Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah - Laporan

Pemilik platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut, lapor Reuters.


9. Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Rusia pada Khamis mengumumkan akan menghantar 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza susulan konflik yang berlarutan di rantau itu.


10. Pilpres 2024: Pendaftaran calon dan wakil Presiden Indonesia bermula

Pendaftaran calon bagi jawatan Presiden republik Indonesia dan calon wakil presiden bagi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 bermula pada Khamis.