ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Oktober 2023.


1. Ratusan terkorban dalam serangan ke atas hospital di Gaza

Ratusan rakyat Palestin maut dalam serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas sebuah hospital di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.



2. Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar susulan serangan hospital di Gaza

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).


3. Negara Arab kutuk pengeboman hospital di Gaza

Negara-negara Arab mengecam tindakan Israel mengebom Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza pada Selasa.


4. Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"

Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).


5. PN gesa Malaysia desak PBB, OIC lakukan sekatan ekonomi, perundangan terhadap Israel

Kerajaan digesa supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membuat ketetapan kolektif melakukan sekatan ekonomi dan perundangan antarabangsa terhadap Israel.


6. Biden tiba di Tel Aviv, adakan pertemuan dengan Netanyahu

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba di Tel Aviv pada Rabu bagi mengadakan pertemuan dengan pimpinan Israel sempena lawatan beliau ke Asia Barat.


7. BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping

Presiden Xi Jinping berkata China akan memberi penekanan kepada lapan aspek utama untuk menggalakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.


8. 18 murid Jepun cedera bas bertembung trak

Sekurang-kurangnya 18 murid sekolah cedera apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di wilayah Nara pada Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.


9. Dewan AS gagal pilih speaker baharu dalam undian pusingan pertama

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat gagal memilih speaker baharu dalam pusingan pertama pengundian apabila Jim Jordan daripada Republikan gagal memperoleh sokongan yang mencukupi daripada partinya sendiri.


10. 14 maut letupan kilang bunga api

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa, menurut polis.