ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 September 2023.

1. Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.

2. Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global

Menteri Sumber Manusia Indonesia Ida Fauziyah menyuarakan keyakinan hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia akan tetap utuh di tengah situasi global yang dinamik dan mencabar.

3. Taufan Saola hampiri China, Hong Kong

China mengeluarkan amaran taufan tahap tertinggi hari ini ketika Taufan Saola yang membawa angin kencang berkelajuan lebih 200 kilometer sejam menuju ke arah pantai tenggara, sekali gus mengancam Hong Kong serta hab pembuatan utama di wilayah Guangdong.

4. Jepun catat rekod musim panas paling panas - JMA

Jepun menyaksikan suhu purata tertinggi bagi musim panas kali ini sejak penyimpanan rekod bermula.

5. COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5

Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

6. Junta Niger arah polis usir Duta Perancis

Polis Niger telah dikerah mengusir Duta Perancis ke Niger Sylvain Itte, selepas tempoh akhir 48 jam yang diberikan kepadanya untuk meninggalkan negara itu tamat, lapor Xinhua memetik kenyataan rasmi yang disiarkan di radio nasional pada Khamis.

7. Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar 'satu set cadangan konkrit' kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang bertujuan memulihkan perjanjian pengeksportan selamat bijirin Ukraine melalui Laut Hitam.

8. Trump pleads not guilty to Georgia election subversion, seeks separate trial

Former U.S. President Donald Trump pleaded not guilty on Thursday to a Georgia criminal indictment accusing him of trying to overturn his 2020 election defeat and asked to be tried separately from some of his 18 co-defendants.

9. UK schools ordered to shut buildings over crumbling concrete

More than 150 British schools have been told to close some buildings after they were deemed unsafe, drawing anger from parents and teachers on the eve of a new term and posing a fresh headache for the government.

10. Penduduk kampung 'buli' harimau sakit

Tindakan beberapa lelaki 'membuli' seekor harimau bintang yang sakit di sebuah daerah di negeri Madhya Pradesh, India mengundang kecaman ramai.