KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan data yang lemah di Amerika Syarikat (AS) menyokong kepada penurunan kadar, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi yang kurang menggalakkan dari AS menunjukkan ekonomi yang lemah dan memperkukuh keperluan kepada Rizab Persekutuan untuk melonggarkan dasar monetari bagi memacu pertumbuhan.
"Peserta pasaran menunggu keputusan senarai gaji bukan ladang pada malam ini, dijangka turun kepada 190,000 pada Jun daripada 272,000 pada bulan sebelumnya.
"Pasaran buruh yang lemah akan menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah yang menjadi penanda aras untuk memacu trajektori pertumbuhan kepada tahap yang lebih mampan," katanya.
Mohd Afzanizam berkata paras inflasi yang tinggi terus menjadi kebimbangan yang ketara, memerlukan dasar monetari yang ketat.
"Pada dasarnya, Fed berada di persimpangan antara melonggarkan dasarnya untuk mengekalkan pertumbuhan dan memastikan inflasi ke arah sasaran dua peratus.
"Data akan membimbing sebarang kemungkinan perubahan dalam pendirian dasar monetari," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9217/9242 daripada 2.9195/9209 pada Khamis dan dibuka rendah kepada 6.0069/0114 berbanding pound daripada 6.0022/0048 semalam.
Ia turut susut berbanding euro kepada 5.0896/0934 daripada 5.0837/0859 sebelum ini.
Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, bagaimanapun naik berbanding rupiah Indonesia.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 288.2/288.5 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4840/4868 daripada 3.4830/4848 semalam dan berkurangan kepada 12.8572/8713 berbanding baht Thailand daripada 12.8483/8590 sebelum ini.
Mata wang tempatan turut rendah berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 daripada 8.03/8.04 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis. -Gambar fail/Reuters
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu menjelang pengumuman data penting ekonomi negara maju itu.
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9.17 pagi, ringgit diniagakan rendah kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu, didorong oleh jangkaan bahawa BNM mengekalkan OPR pada 3 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas.