KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana dan prestasi pasaran serantau yang rendah.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.99 mata kepada 1,615.76.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 208 berbanding 158 dengan 363 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 233.06 juta unit bernilai RM105.11 juta.
Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga kekal optimis, beralih kepada saham penjagaan kesihatan yang boleh memberikan pulangan yang lebih stabil, melihat peluang yang berpotensi.
"Kami percaya pelaburan dalam pusat data yang menjadi pemangkin berterusan, selain potensi pengumuman mengenai kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada separuh kedua 2024, akan meningkatkan sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti.
"Selain itu, saham teknologi akan menjadi topik jangka panjang dengan penggunaan AI dan perkhidmatan teknologi awan yang meningkat," katanya.
Sementara itu, katanya pasaran AS ditutup untuk cuti umum sempena Hari Kemerdekaan.
Peniaga akan memantau data seperti purata pendapatan setiap jam, perubahan pekerjaan bukan ladang dan kadar pengangguran, yang akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan AS pada masa depan.
Saham wajaran tinggi menyaksikan prestasi yang bercampur-campur: Maybank merosot enam sen kepada RM10.04, Public Bank dan CIMB, masing-masing berkurangan satu sen kepada RM4.04 dan RM6.99 manakala Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM14.28. IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.33.
Dalam kalangan kaunter paling aktif, Orgabio naik lima sen kepada 48 sen, Green Ocean meningkat dua sen kepada 18 sen dan SNS Network menambah 3.5 sen kepada 92 sen.
HHRG tidak berubah pada 16.5 sen manakala Ocean Fresh susut 5.5 sen kepada 71.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 9.71 mata kepada 12,466.97, Indeks FBMT 100 berkurangan 10.37 mata kepada 12,034.26, Indeks FBM ACE susut 6.43 mata kepada 5,955.20 dan Indeks FBM 70 turun 11.35 mata kepada 18,382.57.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Shariah menambah 2.70 mata kepada 12,831.54.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.35 mata kepada 199.54, Indeks Tenaga meningkat 2.27 mata kepada 991.83 dan Indeks Perladangan menambah 16.31 mata kepada 7,030.22 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 38.68 mata kepada 17,621.95.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis. -Gambar fail/Bernama

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
KL Rangers FC: Penjenamaan semula meluaskan penglibatan belia KL
Penjenamaan semula ini membawa peluang besar kepada generasi muda KL untuk berkecimpung dalam dunia bola sepak, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai pemangkin perubahan dalam arena sukan negara.
Malaysia, Pintu Masuk kepada Inovasi ASEAN
Temubual eksklusif bersama Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, mengenai kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi dan teknologi di rantau ini. Ketahui kekuatan utama Malaysia, sektor yang menjanjikan, dan cabaran yang perlu diatasi untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. Saksikan juga peranan Malaysia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 dan visi masa depan teknologi Malaysia.

Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Kata Fathia, faktor umur ada kemungkinan menyebabkan wajahnya berubah.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Simple Manusan: Sarat dengan realiti dan emosi
Simple Manusan muncul sebagai satu lagi karya yang diharap dapat membawa sinema Tamil Malaysia ke tahap baharu.
AWANI Pagi: Kenapa remaja perempuan lebih mudah murung?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Hanisa Begam Najib Mohammad,Pakar Psikologi Klinikal, yang akan mengupas mengapa remaja perempuan dua kali ganda lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki, faktor penyumbang, serta solusi untuk menangani isu ini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,569.70 daripada 1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.