Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Julai 2023.

1. Kesilapan penyambungan sistem isyarat didapati punca nahas kereta api di India

Tragedi yang meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India bulan lalu dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika kerja pembaikan penghadang landasan dilakukan.

2. Polis Korea Selatan siasat 193 kes 'bayi hantu', 11 disahkan mati

Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan sedang menyiasat 193 kes bayi tidak berdaftar semasa dilahirkan, kata pegawai pada Selasa, di tengah-tengah peningkatan kes penderaan kanak-kanak termasuk penemuan mengejutkan dua mayat bayi baru lahir yang disimpan di peti sejuk.

3. Majlis Keselamatan PBB bahaskan mengenai AI pada 18 Julai

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) buat kali pertama akan mengadakan perbincangan mengenai kecerdasan buatan (AI) pada akhir bulan ini.

4. Bahan baharu mungkin ganti silikon dalam cip - Kajian

Penyelidik Israel dan rakan kongsi mereka mencipta bahan baharu yang boleh menggantikan silikon, menurut Institut Teknologi Israel dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.

5. Erdogan rancang meterai perjanjian sempena lawatan ke UAE

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu pada pertengahan Julai dan menandatangani perjanjian penting, lapor Sputnik, memetik Menteri Kewangan Mehmet Simsek.

6. Palestin putuskan hubungan dengan Israel susulan serangan ke atas Tebing Barat

Palestin memutuskan semua hubungan, pertemuan dan koordinasi keselamatan dengan Israel, sebagai tanda protes terhadap serangan kejam rejim itu di Tebing Barat yang telah mengorbankan lapan rakyat Palestin dan mencederakan 80 yang lain, lapor Xinhua.

7. Kereta terbang pertama di dunia diluluskan, pre-order dibuka dengan harga RM1.4 juta

Sebuah kereta terbang elektrik sepenuhnya yang berharga kira-kira AS$300,000 (RM1.4 juta) baru sahaja mendapat kelulusan untuk memulakan ujian di jalan raya dan juga di udara.

8. Empat maut, empat cedera tembakan rambang

Sekurang-kurangnya empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin malam.

9. Ahli perniagaan dipenjara 1,155 tahun

Mahkamah Jenayah Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman keseluruhan 1,155 tahun penjara ke atas seorang ahli perniagaan kerana mendalangi skim pelaburan yang tidak wujud.