ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 21 Oktober 2021.
1. Vaksin COVID-19 | Suntikan kepada kanak-kanak, AS tunggu kelulusan
Ia sebagai langkah awal sebelum Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dijangka membuat keputusan berhubung pemberian vaksin Pfizer terhadap golongan kanak-kanak dalam beberapa minggu lagi.
2. WHO sahkan penilaian vaksin Sputnik V kini di fasa akhir - RDIF
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penilaian awal vaksin COVID-19 Sputnik V keluaran Rusia kini sudah di fasa akhir. Sepasukan pegawai pemeriksa akan ke Rusia dalam masa terdekat.
3. PBB pindahkan petugas kemanusiaan susulan serangan udara di Tigray, Ethiopia
Timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Farhan Haq berkata untuk langkah keselamatan sebilangan kecil pasukan kemanusian PBB telah dipindahkan.
4. Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan untuk lengkapkan siasatan
Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, dan beberapa yang lain ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Okt lepas, berkaitan kes dadah.
5. COVID-19: Kes positif global hampir 242 juta, kematian 4.92 juta
Angka terkini menurut data Johns Hopkins University adalah sebanyak 241,929,587, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
6. Rawatan COVID-19 | Britain raih perjanjian dengan Merck & Pfizer
Britain berjaya dalam perjanjian mendapatkan dua ubat antiviral daripada Merck dan Pfizer. Jika diluluskan, ubat antiviral jenis tablet ini bakal digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 menjelang hujung tahun ini.
7. COVID-19 | Angka korban global melebihi 4.919 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini semakin hampiri lima juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, angka itu kini melebihi 4.919 juta dan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu melebihi 727,000 kes.
8. Sidang ASEAN | Tanpa Min Aung signifikan, tapi tidak cukup
Amerika Syarikat melihat keputusan negara anggota ASEAN mengecualikan pemimpin Myanmar daripada sidang kemuncak serantau adalah sangat penting. Bagaimanapun, negara Uncle Sam itu berkata lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menangani cabaran yang dihadapi Myanmar.
9. Ekonomi Goyah | Taliban bergantung pada bekas teknokrat
Pegawai tertinggi Taliban menggesa penjawat awam yang berkhidmat di bawah kerajaan lama untuk kembali bekerja ketika mana ekonomi negara itu merudum teruk selain penduduk berhadapan masalah kemiskinan dan kelaparan.
10. COVID-19: Singapura lanjutkan Fasa Penstabilan sebulan lagi sehingga 21 Nov
Republik itu sebelum ini berada di bawah Fasa Penstabilan sejak 27 Sept lepas dan dijadual berakhir pada 25 Okt, untuk memperlahankan kadar penularan virus dan melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Astro Awani
Thu Oct 21 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.