ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 12 Disember 2020.

1) COVID-19: Kes jangkitan cecah 70 juta, kematian hampir 1.6 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 70 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

2) COVID-19: FDA lulus penggunaan kecemasan vaksin Pfizer/BioNTech

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan vaksin pertama COVID-19 di negara itu.

3) Kelulusan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19: Apa selepas ini?

Amerika Syarikat (AS) bakal memulakan kempen 2.9 juta dos suntikan vaksin pertama negara itu dalam beberapa hari lagi.

4) Mahkamah Austria batal undang-undang larang kanak-kanak Islam berhijab

Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab.

Undang-undang itu dikatakan sengaja dibuat untuk orang Islam dan dianggap melanggar hak kebebasan beragama.

5) Donald Trump gagal cabar keputusan pilihan raya di Wisconsin

Permohonan Presiden Donald Trump untuk mencabar keputusan pilihan raya presiden di Wisconsin gagal.

Sebaliknya Hakim Stephen Simanek memutuskan pilihan raya dijalankan dengan telus.

6) Lelaki ini tinggalkan kerjaya perguruan, hasilkan busana kreatif untuk si comel kesayangan

Seorang bekas guru di Bogor, Indonesia bertukar kerjaya menjadi pereka fesyen yang menghasilkan busana unik dan kreatif untuk kucing peliharaan.

7) Jokowi pelawa Elon Musk tinjau potensi tapak pelancaran SpaceX di Indonesia

Indonesia telah mempelawa SpaceX untuk melihat kemungkinan membangunkan tapak pelancaran roket di negara itu, lapor kenyataan dari pihak kementerian republik berkenaan.

8) Wanita asal Malaysia ini bakal jadi Datuk Bandar di wilayah California

Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018 dan telah menyandang jawatan datuk bandar sementara sebelum dia dilantik secara rasmi pada 10 Disember baru-baru ini.

9) 6,388 kes baharu COVID-19 direkod di Indonesia, Jawa Barat atasi Jakarta

Kes positif baharu COVID-19 di Indonesia bertambah sebanyak 6,388 pada Sabtu (12 Disember), menjadikan keseluruhan jumlah kes di negara itu sebanyak 611,631 kes sejak pertama kali diumumkan pada awal Mac lalu, lapor media tempatan.

10) ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion

Bank Pembangunan Asia (ADB) telah melancarkan inisiatif vaksin bernilai US$9 bilion (US$1=RM4.05) yang dipanggil Fasiliti Akses Vaksin Asia Pasifik (APVAX), menawarkan sokongan yang pantas serta saksama kepada anggota-anggotanya yang sedang membangun untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang berkesan dan selamat.