GENEVA: Kira-kira 99 peratus penduduk dunia didapati menghirup udara yang tidak sihat melebihi had kualiti udara ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menurut data terkini agensi PBB itu pada Isnin.
Lebih 6,000 bandar di 117 negara menjalankan pemantauan kualiti udara, namun penduduk di negara-negara terbabit masih terdedah dengan zarah halus dan nitrogen dioksida yang tidak sihat.
Rakyat di negara berpendapatan rendah dan sederhana didapati paling banyak terdedah kepada udara tidak sihat.
"Kebimbangan mengenai perkara itu menjadikan pentingnya untuk mempercepat peralihan kepada sistem tenaga yang lebih bersih dan sihat.
"Harga bahan api fosil yang tinggi, keselamatan tenaga dan keperluan mendesak untuk menangani cabaran kesihatan, pencemaran udara dan perubahan iklim, membuatkan dunia perlu bergerak lebih pantas ke arah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus.
Data baharu itu dikeluarkan menjelang Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April, dengan tema "Our planet, our health".
Kira-kira 2,000 lagi bandar dan penempatan manusia kini merekodkan data pemantauan tanah untuk zarah, PM10 dan/ atau PM2.5, berbanding data sebelum ini, menurut WHO.
Kedua-dua bahan pencemar itu berpunca terutamanya daripada aktiviti manusia berkaitan pembakaran bahan api fosil.
Data itu menunjukkan peningkatan hampir enam kali ganda sejak pengumpulan data dibuat pada 2011. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

Kira-kira 99 peratus penduduk dunia didapati menghirup udara yang tidak sihat melebihi had kualiti udara ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menurut data terkini agensi PBB itu pada Isnin. - Gambar hiasan Pixabay

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1 bilion penduduk tinggalkan kediaman secara rela atau paksa - WHO
Seramai satu bilion penduduk di seluruh dunia meninggalkan kediaman mereka sama ada secara rela atau terpaksa, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan - PBB
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

5 bilion penduduk dunia terdedah bahaya lemak trans - WHO
Mesir, Pakistan dan Korea Selatan antara negara paling teruk terjejas akibat keadaan kesihatan yang dikaitkan dengan lemak trans.

Jumlah penduduk dunia hari ini 8 bilion
Day of Eight Billion merupakan satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia, kata PBB.

Penduduk dunia cecah 8 bilion pada 15 Nov ini - PBB
Ia juga dijangka boleh meningkat kepada sekitar 8.5 bilion pada 2030 dan 10.4 bilion menjelang akhir abad ini.

Berbilion penduduk dunia terdedah kepada udara tidak sihat - WHO
Rakyat di negara berpendapatan rendah dan sederhana didapati paling banyak terdedah kepada udara tidak sihat.

Angka migran dunia meningkat sehingga tiga kali ganda sejak 1970 - IOM
IOM menambah bahawa jumlah pendatang antarabangsa boleh meningkat dua juta tahun lepas jika pandemik COVID-19 tidak meletus.

Tamatkan COVID-19, 11 bilion dos vaksin diperlukan untuk 70 peratus penduduk dunia
Setiap individu walau di mana jua berada harus mempunyai akses kepada vaksin, ujian, rawatan dan bantuan COVID-19.

Harga minyak dijangka cecah US$58-US$68 setong
Beliau berkata penanda aras minyak mentah Brent, yang ketika ini didagangkan pada US$63 setong, merupakan petunjuk kukuh permintaan asas berikutan peningkatan jumlah penduduk dunia.

Delhi muncul bandar kedua paling padat di dunia selepas Tokyo
New Delhi menjadi bandar kedua paling padat pada 2014 selepas Tokyo, mencatat populasi lebih dua kali ganda sejak 1990 kepada 25 juta.