Ia juga dijangka boleh meningkat kepada sekitar 8.5 bilion pada 2030 dan 10.4 bilion menjelang akhir abad ini.
"Pada 15 November 2022, dunia akan menandakan satu peristiwa penting apabila populasi global melepasi 8 bilion.
"Detik bersejarah ini perlu diraikan. Pertumbuhan penduduk adalah petanda ketara kejayaan kolektif kami dalam meningkatkan kehidupan manusia di seluruh dunia.
"Tetapi pencapaian 8 bilion itu juga membawa tanggungjawab penting dan menyerlahkan cabaran berkaitan untuk pembangunan sosial dan ekonomi serta kelestarian alam sekitar."
Laporan PBB berkata, pertumbuhan penduduk itu sebahagiannya disebabkan oleh penurunan tahap kematian.
Di peringkat global, jangka hayat mencapai 72.8 tahun pada 2019, meningkat hampir 9 tahun sejak 1990.
Dengan pengurangan kematian ini, PBB juga mengunjurkan purata umur sekitar 77.2 tahun di seluruh dunia pada 2050.