Belia serta pelajar Malaysia di luar negara diminta sentiasa bersatu hati apabila berhadapan dengan cabaran melibatkan hubungan dua negara khususnya berkaitan integriti.
Presiden WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia berkaitan apa sahaja isu semasa termasuk kemelut hubungan diplomatik negara dengan Korea Utara.
"Walaupun kadangkala berbeza pendapat dan buah fikiran, apabila memberi reaksi terhadap isu antarabangsa terutama berkaitan negara, belia Malaysia harus bersatu hati dan sebulat suara dalam mempertahankan kedaulatan negara dengan berpegang prinsip pembinaan negara bangsa dan sayang kepada negara.
"Landasan yang kukuh perlu diterjemahkan oleh kerajaan bagi membina negara bangsa dan meneruskan acuan kegemilangan demi masa depan negara dengan sokongan padu golongan belia," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
BACA: Tunjuk protes terbuka kepada Korea Utara - WeMalaysia
BACA: Ada cubaan gugat kemakmuran pelajar Malaysia di luar negara - WeMalaysia
Jelasnya, pesanan itu disuarakan di dalam Program Secangkir Pertemuan pelajar baru dan pelajar sedia ada di The University of Queensland anjuran Halaqah Kebajikan Islam Mahasiswa (Hakim) dengan kerjasama WeMalaysia cawangan Queensland yang diadakan pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Koordinator Sekretariat WeMalaysia Kuala Lumpur Mohd Asrol Md Jailani dilaporkan berkata, rakyat termasuk pelajar Malaysia di luar negara diminta menunjukkan protes terbuka kepada Kerajaan Korea Utara termasuk menyertai kempen-kempen di media sosial.
Jelasnya, ia tanda solidariti baki sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Dalam majlis yang sama, Presiden Hakim, Wan Ahmad Zikri Wan Sulaiman menyarankan pelajar Malaysia di luar negara sentiasa bersyukur dengan peluang yang diberikan kerajaan untuk menuntut ilmu di luar negara.
"Program Secangkir Pertemuan bukan sekadar majlis ramah mesra tetapi juga platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman apabila berdepan cabaran akademik.
"Perkongsian ilmu berkaitan cabaran akademik adalah satu yang sensitif untuk diperbincangkan, namun dengan sokongan daripada senior dan sahabat, ia adalah sesuatu yang amat digalakkan untuk diketengahkan demi penambahbaikan ke arah usaha pelajar yang cemerlang," jelasnya.
Majlis itu turut diserikan dengan ucapan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Dr. Fauzan Rosli selain beberapa sesi memperkenal Malaysian Students Organisation (MSO).
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Tue Mar 14 2017
![Belia perlu utamakan integriti negara - WeMalaysia Belia perlu utamakan integriti negara - WeMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459737288_wemalaysia.jpg)
WEMALAYSIA: Belia serta pelajar Malaysia di luar negara diminta sentiasa bersatu hati apabila berhadapan dengan cabaran melibatkan hubungan dua negara. - Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713965887_TBROSMAHCOURT.jpg)
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
![Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706078058_TBMuhammadSanusi.jpg)
Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Selayang amat berwibawa untuk mendengar perbicaraan dua kes Muhammad Sanusi.
![Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100 Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697794468_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100
Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664361942_NajibTunRazak.jpg)
Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.
![Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654180153_TBMCAPahang.jpg)
Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim
35 individu dakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.
![Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663163004_TBTENGKUMAIMUN.jpg)
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.
![Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655032122_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai.
![Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642433413_IstanaKehakiman.jpg)
Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash
Kecenderungan berterusan kepada campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman harus dihentikan.
![Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650884309_RosmahMansor.jpg)
Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
![Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641911143_RAPE.jpg)
Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan
Mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku pada Ogos 2020 semasa suspek datang ke rumah mangsa di mana ketika itu suami mangsa sedang terlantar sakit.