PUTRAJAYA: Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), empat tahun lepas.
Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak rayuan Azmil Muntapha Abas, 49, dan Leong Peng Woon, 68, selaku perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang tersebut.
Vazeer Alam yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, dalam keputusan sebulat suara berkata tiada kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan responden (pendakwa raya) telah membuktikan permohonan untuk melucut hak wang tersebut adalah mengikut undang-undang.
"Kami juga berpuas hati bahawa tuntutan kedua-dua perayu juga telah dipertimbangkan oleh kedua-dua mahkamah (Mahkamah Tinggi dan Sesyen) dan keputusan yang dicapai oleh mahkamah itu berlandaskan kepada fakta serta undang-undang yang betul. Oleh itu, rayuan kedua-dua perayu ditolak," kata Hakim Vazeer Alam.
SPRM memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM182,100 kepada kerajaan selepas ia disita daripada Azmil Muntapha yang ketika itu Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, di pejabatnya pada 22 dan 26 Julai 2019.
Wang itu didakwa diperoleh daripada Leong yang merupakan seorang kontraktor melalui pinjaman berjumlah RM200,000 bagi membeli sebuah rumah lelong di Hulu Selangor.
Pada 23 Nov 2021, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Saleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang itu.
Azmil Muntapha dan Leong kemudian merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi dan rayuannya ditolak pada 10 April lepas.
Terdahulu, peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili kedua-dua lelaki itu berhujah wang RM182,100 tidak boleh diambil sewenang-wenangnya, sebaliknya hanya boleh dilucut hak jika perayu gagal membuktikan ia digunakan atas 'pembelian suci'.
"Wang itu bukan berkaitan urusan rasmi sebaliknya adalah hasil daripada pinjaman persahabatan bertujuan membeli rumah di Hulu Selangor. Wang tersebut tiada kaitan dengan kesalahan rasuah yang dipertuduhkan terhadap perayu pertama (Azmil Muntapha) iaitu menerima wang RM5,000," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud berkata afidavit pegawai penyiasat menyatakan wang berkenaan dirampas berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 iaitu memperoleh suapan daripada seorang ejen.
"Perayu pertama menyatakan wang tersebut dipinjam daripada perayu kedua (Leong), sedangkan wang berkenaan ditemukan di tempat-tempat yang sangat disangsikan iaitu dalam kamar dan tempat duduk hakim. Oleh itu, kami berpuas hati bahawa siasatan SPRM mendapati wang tersebut adalah daripada sumber haram," katanya.
Pada 19 Okt 2022, Azmil Muntapha dihukum penjara enam bulan dan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5,000 berhubung prosiding mahkamah.
Azmil Muntapha merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan mahkamah mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya iaitu penjara sehari dan denda RM12,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Panel tiga hakim menolak rayuan Azmil Muntapha Abas, 49, dan Leong Peng Woon, 68, selaku perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang tersebut. - Gambar hiasan
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.