KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberi tempoh dua bulan lagi untuk kerajaan meneliti kemungkinan cadangan penyelesaian dalam saman yang difailkan sekumpulan 35 individu, terdiri daripada bekas anggota badan kehakiman dan tujuh balu bekas hakim.
Kumpulan itu mengambil tindakan undang-undang tersebut setelah mendakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.
Bekas anggota badan kehakiman itu termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff; bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Tan Sri Haidar Mohamed Nor; bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat.
Mereka menamakan kerajaan, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan pertama hingga keempat.
Peguam Christopher Leong, yang mewakili plaintif berkata responden memohon lanjutan masa, iaitu tiga bulan lagi sebelum kembali semula kepada plaintif mengenai cadangan tanpa prejudis untuk kemungkinan penyelesaian.
"Saman itu difailkan pada 24 Januari tahun ini dan diserahkan kepada responden pada Februari 2022. Iaitu, 10 hingga lapan bulan telah berlalu. Mahkamah bersetuju hanya memberi tempoh dua bulan lagi untuk responden, dan perkara itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2.30 petang, 7 Disember.
"Mahkamah juga menyatakan sekiranya perkara itu tidak diselesaikan selewat-lewatnya 7 Disember, mahkamah akan memberi arahan untuk perkembangan prosiding di mahkamah," katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini.
Dalam saman yang difailkan pada 24 Januari lepas itu, plaintif memohon deklarasi bahawa kegagalan untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif mengikut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) melalui perintah dalam Warta telah melanggar Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
Mereka memohon perintah bahawa defendan kedua atau ketiga (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain yang diberikan kepada setiap plaintif berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 mengikut Seksyen 15B(2) akta tersebut.
Menurut plaintif, mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim bersara dan orang tanggungan hakim yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim masih berkhidmat yang disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa sebagaimana yang wajib dilakukan menurut Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

35 individu dakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Trump menerima kritikan selepas menggunakan petikan yang diubah suai dan dikaitkan dengan maharaja Perancis yang menobatkan dirinya sendiri, Napoleon.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.

Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.

JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.