Menurut peguam New York Letitia James, tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB dan untuk mengekalkan pembiayaan penting untuk rakyat AS.
James berkata sekurang-kurangnya 20 negeri, termasuk New York, telah disekat daripada sistem pembayaran untuk MedicAid, program insurans kesihatan awam untuk golongan berpendapatan rendah.
Bagaimanapun White House memaklumkan, MedicAid dikecualikan.
Pemangku Pengarah OMB Matthew Vaeth berkata bantuan itu akan ditangguhkan sementara pentadbiran presiden Republikan menyemak geran dan pinjaman untuk memastikan ia sejajar dengan keutamaannya, termasuk perintah eksekutif yang ditandatanganinya bagi menamatkan program kepelbagaian, ekuiti dan program kemasukan.
Jabatan Kehakiman AS, yang akan mempertahankan dasar itu di mahkamah, bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan setakat ini.