Pihak berkuasa Belgium hari ini mengeluarkan imej tiga orang suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai ada kaitan dengan letupan di Lapangan Terbang Brussels yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa pada Selasa, lapor agensi berita Belga.

Paparan kabur imej terbabit dikatakan disiarkan oleh pihak polis Belgium atas permintaan Pendakwaraya Belgium, antara lain menampilkan ketiga-tiga mereka sedang menolak troli dengan beg pakaian ketika melalui pusat pemeriksaan.

Dua daripada mereka berambut hitam manakala seorang lagi memakai topi.