KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak terus menerima manfaat besar daripada peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sabah bakal menerima peruntukan RM6.5bilion dan 5.6 bilion  untuk Sarawak

"Peruntukan ini meliputi perancangan untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan,Indonesia seperti Kalabakan, Sabah serta Ba'kelalan, Sarawak dengan kos 1 bilion ringgit sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan negara.


Selain itu, lebih RM2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.

Ujarnya lagi, pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan 20 bilion ringgit dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer akan diteruskan dan disegerakan.