Kerjaya politik bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra kelihatan suram selepas anggota Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) mengundi pagi ini untuk mendakwa beliau berhubung skim subsidi padi yang penuh kontroversi.
Secara berasingan pagi ini, Pejabat Peguam Negara mengumumkan keputusan untuk mendakwa beliau berhubung skim subsidi padi yang sama.
Sebanyak 220 anggota dalam NLA mengundi 190-18 untuk mendakwa Yingluck berhubung skim ini menyebabkan kerajaan akan dibebani dengan sebahagian besar stok penimbal beras dan kerugian berbilion baht kerana ia membeli padi daripada petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
Ini menyebabkan Yingluck diharamkan daripada politik selama lima tahun, berkuat kuasa mulai hari ini, dan oleh itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau tahun depan.
Sementara itu, menurut Bangkok Post, Ketua Pengarah Pejabat Jabatan Litigasi Peguam Negara, Surasak Trirattrakul mendedahkan bahawa Peguam Negara Trakul Winitchayapak telah menandatangani perintah mendakwa Yingluck kerana gagal untuk menghentikan skim subsidi padi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati berlaku penyelewengan di dalamnya.
Terdapat dua usul pendakwaan lain diundi oleh anggota NLA, namun kedua-duanya dapat mengelak pendakwaan.
Bekas Speaker Dewan Somsak Kiatsuranont mendapat undian 100-115 undi manakala bekas Speaker Dewan Negara Nikom Wairatpanij mendapat undian 95-120.
Pendakwaan memerlukan sekurang-kurangnya 132 undi.
Usul untuk mencabar mereka dibawa berhubung pembabitan mereka dalam pindaan rang undang-undang perlembagaan yang memerlukan semua anggota Senat terdiri daripada mereka yang dipilih berbanding separuh sahaja yang dilantik seperti yang termaktub dalam Piagam 2010 yang berkuat kuasa pada masa itu.
Prosiding bermula 10.20 pagi dengan 219 daripada 220 anggota NLA hadir dan dipengerusikan oleh Presiden NLA Pornpetch Wichitcholcha.
Bernama
Fri Jan 23 2015
![Bekas PM Thai, Yingluck dicabar dan didakwa dalam kes jenayah Bekas PM Thai, Yingluck dicabar dan didakwa dalam kes jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51391215903_295x200.jpg)
Kerjaya politik bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra kelihatan suram selepas anggota Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) mengundi pagi ini - Gambar AFP
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
![Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506522641_YingluckShinawatra.jpg)
Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negaranya sendiri bagi mengelak dari dipenjara, disahkan berada di Britain.