Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang melarikan diri daripada hukuman penjara disahkan berada di Britain.
Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai memaklumkan, Yingluck kini berada di London dan pihak berkuasa Thai sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di sana untuk cuba mencarinya.
"Kami tahu tentang ini sejak September lalu, Menteri Luar Britain memberitahu kami bahawa Yingluck sedang berada di London, England," kata Don kepada pemberita.
"Kami telah berkomunikasi dengannya secara konsisten tetapi kami tidak menemuinya," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun enggan memberi komen secara khusus sama ada Thailand akan melaksanakan ekstradisi terhadap Yingluck ataupun tidak.
Kenyataan Don itu muncul selepas dua foto yang dikatakan sebagai Yingluck dikongsi di media sosial.
BACA: Lagi foto menunjukkan Yingluck di London
Pada September tahun lalu, Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tanpa kehadirannya di mahkamah.
Agensi
Tue Jan 09 2018
Yingluck disahkan berada di London dan pihak berkuasa Thai sedang berhubung dengan sekutu mereka di sana untuk cuba mencarinya. -Gambar fail/REUTERS
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negaranya sendiri bagi mengelak dari dipenjara, disahkan berada di Britain.