Kavelashvili menyertai Manchester City dari kelab Georgia, Dinamo Tbilisi pada musim 1995-96 dan menjaringkan tiga gol dalam 28 penampilan untuk kelab itu.
Bekas pemain bola sepak yang kini berusia 53 tahun, adalah bekas Ahli Parlimen daripada Parti Georgian Dream yang semakin berkuasa dan satu-satunya calon untuk jawatan Presiden Georgia.
Beliau menang mudah undi yang diberikan oleh Parti Georgian Dream untuk menguasai Parlimen yang mempunyai 300 kerusi.
Parti Georgian Dream kembali menguasai Parlimen di Georgia selepas menang pilihan raya pada 26 Oktober yang didakwa diselubungi penipuan dan campur tangan Rusia oleh pembangkang.
Proses itu mencatat sejarah sebagai kali pertama Presiden Georgia dipilih melalui badan perwakilan pemilih dan bukannya undian langsung.
Empat kumpulan pembangkang utama menolak pelantian Kavelashvili dan memboikot Parlimen, serta kekal menegaskan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lalu telah dicemari penipuan.
Presiden Georgia pro-barat, Salome Zourabichvili mengutuk pemilihan Kavelashvili sebagai satu penipuan, dan mendakwa beliau masih memegang satu-satunya institusi Georgia yang sah.
Perdana Menteri, Irakli Kobakhidze menuduh Zourabichvili cuba menjejaskan kepentingan Georgia, menekankan bahawa apabila tempoh jawatannya berakhir pada 29 Disember ini, beliau perlu bersara.
Rakan sekerja parti Nino Tsilosani memberitahu pemberita bahawa Zourabichvili bukan lagi Presiden di mata orang ramai, khususnya rakyat Georgia.