CAMPECHE: Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu lalu menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.

Pada 9 Mei lalu, Campeche yang terletak di tenggara Mexico mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius.

Pekerja, penduduk tempatan dan pelancong, kelihatan melindungi diri mereka dari panas matahari dengan payung, topi atau lapisan kain dan membawa botol air untuk mengatasi suhu tinggi.

Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico minggu lalu terutamanya di bahagian utara.

Keadaan itu menyebabkan sekolah ditangguhkan di San Luis Potosi, yang mana pada minggu ini telah mencecah 50 darjah Celcius.

Gelombang haba berlaku di tengah-tengah kemarau teruk di seluruh negara telah menyebabkan krisis air yang semakin teruk di kebanyakan Mexico, menjadikan air sebagai isu utama dalam pilihan raya umum yang bakal diadakan menjelang Jun.