Situasi banjir di Chennai semakin membimbangkan berikutan hujan lebat tanpa henti sejak 24 jam lalu.

Menurut beberapa portal antarabangsa, beribu-beribu penduduk tempatan terpaksa dipindahkan sekaligus menutup operasi perkilangan dan sekolah di beberapa kawasan terjejas.

Lapangan Terbang Antarabangsan Chennai juga ditutup sementara waktu kerana dinaiki air akibat banjir.

Jumlah mangsa yang terperangkap di beberapa kawasan banjir semakin meningkat kerana tiada bantuan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Bekalan makanan serta bekalan ubat-ubatan menjadi perkara yang paling mencabar pada masa ini, terutamanya bagi golongan tua dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, rangkaian komunikasi di Chennai juga terganggu sehingga menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Warga media sosial kini, pelbagai bantuan sedang dihulurkan menerusi hashtag #ChennaiFlood dan #ChennaiRainsHelp.

Rata-rata penduduk di sekitar kawasan terjejas menggunakan hashtag ini untuk menyebarkan informasi berkenaan bantuan bagi mangsa-mangsa banjir.

Antara bantuan yang dihulurkan ialah bantuan bekalan makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal serta tambahan nilai kad prepaid yang percuma.







Ada juga netizen yang menggunakan medium ini untuk menyebarkan nombor-nombor untuk dihubungi pada saat kecemasan seperti nombor pegawai perubatan serta pegawai polis.


Beberapa mangsa banjir yang terperangkap pula menggunakan hashtag ini untuk menyebarkan lokasi mereka ataupun lokasi orang tersayang mereka untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin.