PENAMPANG: Kawasan di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dilanda banjir setakat jam 2 pagi tadi.

Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun turun padang meninjau keadaan IPD Penampang yang terjejas teruk akibat banjir jam 11 malam tadi.

Beliau turut mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Kebudayaan Penampang yang disambut oleh pegawai daerah, Francis Chong merangkap Pengurusi Jawatankuasan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton dan ketua-ketua bahagian IPD Penampang juga turut sama berada di lokasi.

Sebagai rekod, kejadian banjir kali ini merupakan kali pertama terjadi pada tahun ini.