Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Iraq, Bridgadier Jeneral Hassan Al-Khazraji memberitahu, setakat ini belum ada kematian direkodkan akibat insiden yang melibatkan premis komersial di Baghdad itu.
Katanya, meskipun belum ada punca jelas berkenaan tragedi, namun premis itu dipercayai tidak memenuhi standard piawaian keselamatan.
Antara yang tercedera ketika misi penyelamatan, Ketua Pengarah Pertahanan Awam serta beberapa individu lain.
Bangunan itu dilaporkan runtuh selepas terbakar pada awal pagi Isnin.