KETIKA ini pelbagai inisiatif telah diambil oleh kebanyakan syarikat besar dalam mengatasi penularan wabak COVID-19.
Ia berikutan wabak ini menjadi kegusaran oleh banyak pihak dan industri yang turut sama terjejas terutama dalam urusan perkhidmatan pelanggan.
Sebelum ini, syarikat penerbangan yang melibatkan industri pelancongan antara sektor yang paling terjejas kerana terpaksa menyekat kemasukan pelancong dari beberapa buah negara.
Manakala, institusi perbankan juga terpaksa menawarkan penangguhan sementara untuk komitmen pembiayaan kepada pelanggan.
Namun, bagaimana pula syarikat pengeluar makanan segera terbesar dunia seperti McDonald’s dan Starbucks beroperasi di negara-negara yang terjejas akibat wabak baharu ini?
Di China, syarikat besar itu masih lagi beroperasi seperti biasa.
Namun, mereka mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’.
Kaedah itu, menurut syarikat tersebut, bertujuan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.
Pelanggan yang ingin memesan menu boleh sama ada melalui telefon pintar atau menerusi mesin komputer khas yang diletakkan dalam premis, jelas McDonald’s menerusi laman web rasminya.
Pekerja restoran pula akan membungkus makanan yang dipesan menggunakan beg dan meletakkannya di ruang khas sebelum diambil oleh pelanggan tanpa ada sebarang kontak dengan manusia.
Lebih daripada itu, bagi pesanan hantaran pula, penghantar makanan turut meningkatkan tahap kebersihan dengan meletakkan makanan hanya setakat di pintu masuk bangunan, membasmi kuman pada beg penghantaran dan kerap kali membasuh tangan.
Bukan itu sahaja, penghantar makanan juga dilengkapi dengan penyukat suhu badan untuk membuktikan bahawa mereka tidak demam.
“Sementara kita menambahbaik pada proses, langkah penjagaan ini akan dilaksanakan pada semua jenis perkhidmatan kami,” kata McDonald’s dalam satu kenyataan, lapor Reuters.
Untuk rekod, sebanyak 83 peratus premis online menerusi platform Meituan-Dianping terpaksa ditutup, menurut sebuah syarikat big data di Beijing, BigOne Lab.
Awal bulan lalu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mencadangkan had kontak dalam perkhidmatan penghantaran ini.
Bagi premis kopi pula, Starbucks memberi cadangan kepada pelanggan untuk membuat pesanan melalui aplikasi telefon bimbit dan pelanggan perlu menunggu di luar premis sehingga notis ‘ambil’ dimaklumkan sebelum mereka boleh mengambil pesanan minuman di atas meja yang diletakkan di pintu masuk premis.
Meskipun mendepani cabaran untuk meraih keuntungan, langkah-langkah penjagaan ini menggambarkan bagaimana syarikat multinasional (MNC) begitu cepat menyesuaikan keadaan dengan krisis wabak baharu ini.
Reuters
Mon Feb 17 2020

Langkah-langkah penjagaan telah diambil oleh syarikat multinasional bagi menyesuaikan keadaan dengan krisis wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.