KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Sabtu mengecam serangan Israel ke atas orang awam dan infrastruktur awam di Gaza, yang telah mengakibatkan jumlah korban yang membimbangkan sejak 7 Okt.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) selama dua hari di Vientiane, Laos, Menteri-Menteri Luar ASEAN menyatakan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang kritikal di Gaza, dan telah menjadi semakin teruk akibat serangan itu.
"Kami mengecam semua serangan ke atas orang awam dan infrastruktur awam, yang telah mengakibatkan jumlah korban yang membimbangkan, terutamanya wanita dan kanak-kanak, serta akses terhad kepada makanan, air, dan keperluan asas lain, yang membawa krisis kemanusiaan di Gaza menjadi bertambah buruk," katanya.
Hampir 10 bulan dalam konflik, lebih daripada 39,000 orang, terutamanya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh, dan kira-kira 90,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Menteri-Menteri Luar ASEAN menggesa semua pihak yang berkaitan menerima cadangan gencatan senjata seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2 Resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
"Kami menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat semua tahanan, terutamanya 23 warga ASEAN, wanita, kanak-kanak, orang sakit dan warga tua," katanya.
Mereka juga memuji usaha pelbagai negara anggota ASEAN dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza, dan menggesa semua negara anggota ASEAN dan rakan luar untuk terus memberikan dan memudahkan bantuan untuk Gaza.
"Kami menyokong Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dalam pelaksanaan mandatnya dan Penyelaras Kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Kemanusiaan dan Pembinaan Semula untuk Gaza dalam melaksanakan tugasnya secara efektif dan efisien, serta memulakan kerja-kerja pembinaan semula selepas konflik," katanya.
Menteri-Menteri Luar itu juga menyeru akses kemanusiaan yang cepat, selamat, tanpa halangan dan berterusan kepada semua yang memerlukan, termasuk melalui peningkatan kapasiti di pintu sempadan, termasuk melalui laut.
"Kami menggesa semua pihak yang berkaitan untuk bekerja ke arah penyelesaian aman terhadap konflik dengan matlamat merealisasikan penyelesaian dua negara sesuai dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang berkaitan.
Menteri-Menteri Luar juga menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah dan menyeru semua pihak yang berkaitan untuk menahan diri, mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, dan menyelesaikan perbezaan melalui diplomasi dan dialog demi kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Menteri-Menteri Luar ASEAN menyatakan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang kritikal di Gaza. - AP
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 pada 28 September ini.
Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Turkiye sasar jadi rakan dialog ASEAN - Menteri Luar
Ankara menyasarkan untuk menjadi rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
AMM/PMC: Menteri Luar Malaysia bincang dengan rakan rejawat dari Britain, Norway dan Kanada
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) p
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.
Mohamad Hasan ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-57 - Duta
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57.
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.