SINGAPURA: ASEAN menggesa tentera Myanmar atau Tatmadaw supaya melaksanakan Konsensus Lima Perkara "dengan segera dan sepenuhnya", kata Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
Menteri itu berkata pasukan tentera juga digesa bekerjasama dengan ASEAN dan bakal Duta Khas Pengerusi ASEAN di Myanmar untuk mencapai kemajuan yang ketara, termasuk memberi akses kepada Duta Khas menemui semua pihak yang terlibat di Myanmar.
Balakrishnan berkata demikian dalam jawapan bertulisnya di parlimen mengenai "sejauh mana terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan Negara Anggota ASEAN mengenai pendekatan yang perlu diambil berhubung situasi politik di Myanmar."
Menurutnya, ASEAN telah mengambil pendekatan "tegas dan konsisten" terhadap situasi di Myanmar berikutan rampasan kuasa pada 1 Feb 2021.
Konsensus Lima Perkara itu dirumuskan oleh Pemimpin ASEAN dan diterima oleh Jeneral Kanan pimpinan junta Min Aung Hlaing pada mesyuarat mereka pada 24 April 2021 di Jakarta, menurutnya dalam jawapan itu.
Namun katanya ASEAN "tetap kecewa terhadap kemajuan terhad yang dicapai dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara berkenaan."
Sehubungan itu, katanya, Pemimpin ASEAN mengesahkan semula Konsensus Lima Perkara itu pada Sidang Kemuncak ASEAN pada November 2022, dan "bersetuju mengenai beberapa langkah untuk memberi isyarat jelas kepada tentera Myanmar".
Konsensus Lima Perkara itu ialah: menamatkan keganasan; mengadakan perbincangan yang membina dalam kalangan semua pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar; utusan khas ASEAN dilantik untuk mengendalikan rundingan; dan membenarkan utusan khas berkenaan melawat negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Menurut Dr Vivian Balakrishnan, ASEAN telah mengambil pendekatan "tegas dan konsisten" terhadap situasi di Myanmar berikutan rampasan kuasa pada 1 Feb 2021. - Foto fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.

Johor-Singapura setuju teliti pelbagai kaedah tingkat kesalinghubungan - Onn Hafiz
Onn Hafiz ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula Ahad (12 Februari).

Zambry, Balakrishnan akui hubungan erat Malaysia-Singapura
Ia merupakan pertemuan rasmi pertama Zambry dengan Balakrishnan sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar pada 2 Disember 2022.

Menteri Luar Singapura lawat Malaysia empat hari bermula 15 Januari
Lawatan itu menekankan persahabatan yang lama terjalin dan hubungan rapat antara kedua-dua negara, selain memperkukuh kerjasama dua hala.

Malaysia yang stabil dan makmur baik untuk Singapura, serantau - Vivian Balakrishnan
Vivian menjawab pertanyaan, antara lain, adakah keadaan politik semasa di Malaysia memberi implikasi terhadap Singapura.

HSR dan perjanjian air tidak gugat hubungan erat Malaysia-Singapura
Kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya mengganggu gugat hubungan baik dua hala sedia ada.