Menteri-menteri Pertahanan ASEAN pada Selasa sebulat suara memperakui keganasan sebagai ancaman keselamatan paling serius bagi rantau ini.
Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama memerangi keganasan dalam bidang 'Resilience, Response, Recovery' yang akan berperanan mencegah serangan pengganas, menyelaras tindak balas ASEAN bagi menangani ancaman sedia ada dan pulih daripada sebarang serangan pengganas yang berlaku.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di sini, Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) berkata menteri-menteri juga memuji kerjasama kukuh dengan negara rakan dalam menentang keganasan menerusi 'ADMM-Plus'.
Seiring dengan ini, menteri-menteri mengeluarkan Kenyataan berkenaan Memerangi Keganasan di ASEAN, demikian menurut kenyataan itu.
Pemukiman ADMM dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen.
Malaysia diwakili Menteri Pertahanannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut Mindef, menteri-menteri juga membincangkan tentang peranan ADMM dan ADMM-Plus dalam keselamatan serantau.
Menteri-menteri menzahirkan sokongan padu terhadap bidang-bidang ADMM 2018 yang diringkaskan sebagai "tiga C".
Pertama, meningkatkan kerjasama memerangi keganasan; kedua, menambah baik keupayaan bersama ASEAN untuk bertindak balas terhadap ancaman kimia, biologi dan radiologi (CBR) oleh kumpulan pengganas dan pihak yang berkaitan; dan ketiga, mengulangi penegasan akan kepentingan kod pertembungan tidak dirancang di laut dan udara, katanya.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga mengadakan mesyuarat tidak rasmi dengan Menteri Pertahanan China Jen. Chang Wanquan yang menyaksikan mereka mengalu-alukan hubungan lebih kukuh di antara ASEAN dan China.
Menteri-menteri membincangkan, khususnya tentang cara menambah baik kerjasama praktikal dan menyambut baik Eksesais Maritim ASEAN-China yang pertama pada hujung tahun ini, katanya.
Sebagai sebahagian program Pemukiman ADMM, Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang meraikan mereka dalam jamuan tengah hari di Pusat Pameran Changi, venue Pameran Udara Singapura 2018 yang sedang berlangsung.
Semasa kunjungan itu, Lee dan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN membincangkan tentang isu keselamatan serantau dan agenda ADMM pada tahun depan.
Singapura merupakan Pengerusi ASEAN semasa. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 06 2018
Anggota ATM melakukan pengawasan dan pengawalan keselamatan di kawasan pantai di Semporna, Sabah. - BERNAMA/Fail
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Kedutaan AS di Sri Lanka keluar amaran kemungkinan serangan di kawasan pelancongan
Kedutaan AS terima maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.