KHARTOUM: Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Medecins Sans Frontieres (MSF), juga dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis.
"Keganasan kini sedang meningkat di sekitar Hospital Al Nao, mengancam pesakit dan kakitangan. Semalam, peluru mendarat di utara dan barat daya hospital itu," menurut organisasi itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Al Nao kebanyakannya menerima mangsa yang cedera dalam keganasan, walaupun perkhidmatan kesihatan masih tersedia untuk pesakit dengan kecemasan perubatan lain.
Situasi semasa juga memberi kesan kepada kakitangan hospital, kerana anggota perubatan terpaksa bekerja dua syif apabila keadaan terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan.
Penyelaras kecemasan MSF di Sudan, Frauke Ossig dalam kenyataan itu menyeru pihak bertelagah untuk menggelakkan orang awam daripada menjadi mangsa keganasan dan memastikan perlindungan hospital dan pekerja penjagaan kesihatan, serta memberi amaran bahawa "jika hospital tidak dapat berfungsi, akan ada lebih banyak kesengsaraan dan penderitaan".
Dari 29 Julai hingga 11 Ogos, kakitangan MSF di hospital Al Nao bekerja bersama pasukan dari Kementerian Kesihatan Sudan, menyediakan penjagaan trauma kecemasan kepada 808 pesakit, 447 daripadanya mengalami kecederaan akibat tembakan, serpihan daripada letupan, atau tikaman, menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh yang sama, hospital itu merawat 787 pesakit membabitkan masalah perubatan lain, termasuk diabetes, jangkitan pernafasan, dan hipertensi serta penyakit kardiovaskular lain.
Wabak penyakit seperti malaria, campak dan kepialu telah dikesan di beberapa kawasan di Sudan, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-Kanak PBB, dan organisasi kesihatan Sudan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan sebelum ini, 39 daripada 59 hospital di ibu negara dan negeri berhampiran zon konflik tidak beroperasi.
Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian. - Gambar fail/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.

Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.

19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.

Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.

Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.

Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.

Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.

Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.