NEW DELHI: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Sri Lanka pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan serangan di kawasan pelancongan.

"Kedutaan menerima maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular di kawasan Teluk Arugam," menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Kedutaan itu menasihatkan warga AS untuk mengelakkan kawasan Teluk Arugam sehingga diberitahu kelak memandangkan "risiko serius yang ditimbulkan oleh ancaman berkenaan".

Pegawai kanan polis Sri Lanka Nihal Thalduwa memberitahu media tempatan bahawa kawalan keselamatan telah dipertingkatkan susulan beberapa laporan mengenai ancaman terhadap pelancong Israel yang melawat kawasan itu.

-- BERNAMA