PADA hari ini, Apple sedia menawarkan beberapa aksesori untuk tablet iPad mereka, di bawah siri “Magic Keyboard”.

Namun, harganya boleh dikatakan agak mahal. Sebagai contoh, untuk Magic Keyboard Folio di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1,249, sementara Magic Keyboard pula pada harga RM1,479.

Harga ini boleh dikatakan agak mahal, dan tidak sesuai untuk mereka yang menggunakan iPad versi asas, membuatkan harga papan kekunci berkenaan menghampiri harga jualan iPad berkenaan sendiri.

Untuk mengatasinya, kini dilaporkan Apple sedang menguji Magic Keyboard pada harga lebih rendah, menyasarkan pengguna iPad asas dan juga iPad Air.

Aksesori ini masih pada peringkat pembangunan, dan sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat pengenalannya pada pertengahan 2025. -Amanz