Jessica Meir dan Christina Koch dijadualkan berlepas untuk menggantikan bateri pada panel solar di bahagian luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Meir dan Koch pernah melakar sejarah selepas melakukan jelajah angkasa pada Oktober lalu.
Menurut NASA, Meir dan Koch akan menggantikan bateri nickel-hydrogen dengan bateri jenis lithium-ion yang menghasilkan tenaga daripada panel solar, memetik agensi berita antarabangsa, CNN.
Ini merupakan kali ketiga Meir berlepas ke angkasa manakala tugasan ini merupakan kali keenam bagi Koch.
Sekiranya penukaran bateri itu berjaya dilaksanakan, Angkasawan NASA Andrew Morgan dan Komander stesen angkasa, Luca Parmitano Agensi Angkasa Eropah akan keluar daripada stesen berkenaan pada 25 Januari.
Mereka akan meneruskan pemasangan alat penyejukan Alpha Magnetic Spectrometer (AMS) untuk digunakan pada November dan Disember sekaligus memastikan alat itu berfungsi sepenuhnya.
Menurut NASA lagi, perjalanan ini merupakan kali ke-225 dilakukan yang dikendalikan oleh ISS.