AMERIKA SYARIKAT hari ini melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran tentera Syria susulan serangan senjata kimia di wilayah pemberontak Syria.

50 peluru berpandu jenis Tomahawk dilaporkan telah dilancarkan dari kapal Navy Destroyer terhadap pangkalan udara Syria.

Tindakan itu susulan amaran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengancam untuk bertindak susulan serangan senjata kimia di negara itu.

Sekurang-kurangnya 86 orang dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden Selasa lalu di Khan Sheikhun, iaitu kawasan dikuasai pemberontak di utara Syria.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata Presiden Syria, Bashar Assad perlu disingkirkan susulan serangan itu.

IKUTI LAPOR LANGSUNG SERANGAN AMERIKA SYARIKAT DI SYRIA