Akhbar The Jakarta Post hari ini menyatakan dukungan kepada Joko Widodo dan Jusuf Kalla, lima hari menjelang pemilihan presiden Indonesia pada Rabu depan.
Dukungan itu adalah yang pertama kali dilakukan dalam sejarah akhbar berkenaan dan dibuat selepas melalui pertimbangan yang matang di kalangan editor kanannya, kata Ketua Pengarang akhbar itu, Meidyatama Suryodiningrat seperti dipetik oleh Tempo.
"Kami menyatakan dukungan kerana melihat pemilihan presiden kali ini begitu penting dalam menentukan masa depan Indonesia," katanya.
Meidyatama bagaimanapun memberi jaminan akhbar itu akan tetap menjaga liputan yang seimbang kepada kedua-dua calon.
Pasangan Jokowi dan Kalla ditentang oleh Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa.
Dalam lidah pengarangnya, The Jakarta Post menyatakan dukungannya kepada Jokowi dan Kalla adalah pilihan moral yang harus dibuat demi masa depan Indonesia.
Akhbar itu menyamakan pemilihan presiden kali ini seperti pemilihan presiden Rusia pada 1996 yang mempertembungkan antara harapan masa depan dan sejarah lampau.
"Dalam pilihan yang luar biasa ini, kami terikat secara moral untuk tidak hanya melihat dan tidak berbuat apa-apa. Kami tidak mengharapkan dukungan kami akan mempengaruhi undi. Tetapi kami tidak boleh berdiam diri apabila pilihannya terlalu tidak menyenangkan untuk dipertimbangkan," kata lidah pengarang itu.
Menurut The Jakarta Post, dukungannya terhadap Jokowi dibuat atas pertimbangan Gabenor Jakarta itu memiliki nilai pluralisme, tidak ada masalah hak asasi manusia, mendukung penambahbaikan masyarakat sivil dan setia kepada semangat reformasi.
Ia juga menyifatkan Jokowi sebagai calon yang mahu membebaskan Indonesia daripada masa silamnya manakala Prabowo mengagung-agungkan era Suharto.
Suharto dijatuhkan oleh gerakan reformasi rakyat pada Mei 1998.
Menurut The Jakarta Post, ia tidak memandang ringan dukungannya ini tetapi ia adalah sokongan yang ia yakin betul dari segi moral.
Astro Awani
Fri Jul 04 2014
Akhbar The Jakarta Post umum sokong Jokowi
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.
Presiden Jokowi mula bertugas di Ibu Kota Nusantara Selasa depan
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mula bertugas di Ibu Kota Nusantara (IKN) selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober depan.