BANGKOK: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Thailand mula menghantar susu ibu sejuk beku untuk bayi di seluruh negara melalui rangkaian domestiknya di Thailand bermula Khamis.
AirAsia Thailand dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Awam menandatangani Memorandum Persefahaman untuk menyokong "Association to Send Love, Delivering Breast Milk from Mothers to Children" dalam menyampaikan susu ibu untuk bayi mereka.
Di bawah inisiatif itu, AirAsia Thailand akan mengangkut susu ibu sejuk beku ke seluruh rangkaian domestiknya di Thailand, secara percuma kepada pengguna yang berdaftar dengan akaun LINE @anamaimilk, dengan mematuhi semua peraturan jabatan.
Ketua Masyarakat dan Kebudayaan AirAsia Thailand, Thiladee Pantumchinda dalam satu kenyataan berkata AirAsia, yang mempunyai laluan domestik dan rangkaian serantau paling banyak, memutuskan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk menghantar susu ibu ke seluruh negara secara percuma.
"Terdapat banyak sebab untuk perkhidmatan ini, seperti ibu bekerja jauh dari rumah atau menghadiri majlis penting, yang menyukarkan mereka untuk menyusukan anak, termasuk soal masa dan penyimpanan yang memberi kesan kepada kualiti susu ibu ketika diangkut.
"Usaha ini mendapat sokongan padu, walaupun di tengah-tengah situasi COVID-19, dan kami amat berbangga dapat memainkan peranan kecil dalam mengurangkan kos ini untuk ibu dan membantu anak-anak mendapat susu ibu mereka tanpa mengira sejauh mana mereka berjauhan," katanya.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu banyak bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi mengangkut susu ibu sejak beberapa tahun lalu, bermula dengan penghantaran ke wilayah timur laut dan kini seluruh negara.
Thiladee menambah bahawa pengangkutan AirAsia Thailand dikendalikan dengan standard kesihatan dan kepantasan yang tinggi.
Sesiapa sahaja yang ingin membuat penghantaran susu ibu secara percuma oleh AirAsia Thailand hanya perlu mendaftar dengan aplikasi penghantaran mesej di akaun LINE @anamaimilk, menyemak laluan dan jadual pengangkutan menggunakan Airasia Super App.
Mereka perlu membungkus susu sejuk beku menggunakan bekas yang turut diletakkan ais kering atau pek sejuk mengikut garis panduan Jabatan Kesihatan (setiap bekas tidak boleh melebihi 10 kg) dan menghantarnya ke kaunter daftar masuk AirAsia di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu penerbangan berlepas, dan mengambil bungkusan itu di kaunter tiket lapangan terbang AirAsia atau semak butiran pengangkutan menggunakan akaun LINE, kata kenyataan itu.
Susu ibu juga boleh dihantar melalui ahli persatuan yang lain, iaitu Everyday Doctor Co. Ltd. dan Nakhonchai Air Co. Ltd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

AirAsia memutuskan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk menghantar susu ibu ke seluruh negara secara percuma.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

AirAsia buat penghantaran susu ibu untuk bayi ke seluruh Thailand
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Thailand mula menghantar susu ibu sejuk beku untuk bayi di seluruh negara melalui rangkaian domestiknya di Thailand bermula Khamis