Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata hari ini saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.
Orang ramai yang hadir turut serta menunaikan solat jenazah yang diadakan di Tehran bersama pemimpin Agung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei yang mengimamkan solat jenazah itu.
Malah, kesedihan tidak dapat disembunyikan Ali Khamenei apabila pada satu saat, beliau dilihat turut menitiskan air mata.
Terdahulu, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz awal pagi tadi.
Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu.
BACA: Jenazah Soleimani tiba di Iran
Jenazah komander berkenaan kemudian dijangka dibawa ke bandar Qom sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kerman pada Selasa.
Rakaman menunjukkan orang ramai yang berkabung berkumpul di Dataran Mollavi dengan bendera hijau, putih dan merah melambangkan darah mereka yang terkorban.
Susulan pembunuhan itu, Iran melantik Esmail Ghaani, sebagai jeneral baharu untuk mengetuai angkatan Quds menggantikan Soleimani.
BACA: Esmail Ghaani dilantik jeneral baharu Quds ganti Qassem Soleimani
Pembunuhan kejam itu mencetuskan ketegangan antara Tehran dan Washington.
BACA: Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran
BACA: Rakyat Iran mahu tuntut bela atas kematian Soleimani
Agensi
Mon Jan 06 2020
Malah, kesedihan tidak dapat disembunyikan Ali Khamenei apabila pada satu saat, beliau turut menitiskan air mata. Foto: AP NEWSROOM
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Parlimen Iran bersidang secara tertutup susulan serangan Israel
Parlimen Iran mengadakan mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah tindak balas selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran utama.
'AS tahu mereka terlibat dalam konflik di Asia Barat' - Khamenei
Ayatollah berkata, dalam peperangan yang berlaku, musuh-musuh zalim yang dilengkapi sumber ketenteraan terbaik disokong negara itu.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Parlimen Iran buat mesyuarat tergempar, Ali Khamenei ikrar balas dendam
Kenyataan yang keras turut dikeluarkan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang berikrar perbuatan Israel itu bakal membuka laluan untuk pembalasan untuk rejim Zionis itu.
Siapa Presiden Iran Ebrahim Raisi?
Tokoh politik berusia 63 tahun itu telah lama dianggap sebagai pengganti kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei puji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan ke atas Israel.
Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran
AS akan terus melindungi keselamatan Israel sekalipun ketika Biden dan Netanyahu sering tidak sependapat konflik di Palestin.
Iran sekali lagi gesa negara Islam putus hubungan dengan Israel
Gesaan itu dibuat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Selasa.
Iran seru negara Islam boikot Israel
Menyokong perjuangan Palestin telah menjadi tonggak politik republik Islam itu sejak Revolusi Islam 1979.
Kerajaan Iran perkenal aplikasi cari jodoh buat golongan muda
Hamdam atau dalam bahasa Parsi bermaksud berteman' merupakan aplikasi cari jodoh berlandaskan syariah.