PEMIMPIN Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mendakwa, Amerika Syarikat (AS) tahu bahawa mereka terlibat dalam konflik yang berlaku di Asia Barat.

Menerusi satu hantaran di X pada Rabu, Ayatollah berkata, dalam peperangan yang berlaku, musuh-musuh zalim yang dilengkapi sumber ketenteraan terbaik disokong negara itu.

Katanya lagi, AS berbohong sekiranya mendakwa mereka tidak tahu berkenaan keterlibatan dalam konflik yang berlaku.

Dalam satu hantaran lain, Ayatolla turut berkata, AS memerlukan rejim Zionis untuk mencapai kemenangan.

Ini kerana pentadbiran semasa negara itu perlu menunjukkan bahawa merekalah yang membantu rejim Zionis mencapai kejayaan susulan pilihan raya AS semakin menghampiri.

Bagaimanapun katanya, mereka juga memerlukan undi daripada umat Islam yang mendorong mereka untuk berpura-pura tidak terlibat.