Lapan dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian rompakan oleh penunjuk perasaan yang mengadakan protes besar-besaran terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Jumaat.
Menurut seorang ahli bomba yang tidak ingin dinamakan, kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan perompak memecah masuk ke dalam sebuah kedai roti di kawasan El Valle di Caracas.
Namun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan serta merta oleh pihak hospital atau pegawai terbabit yang lain.
Walau bagaimanapun, pejabat pendakwa raya kemudiannya berkata ia sedang menyiasat satu laporan yang berkata berlaku 11 kematian di El Valle, dimana beberapa kematian dipercayai disebabkan oleh renjatan elektrik.
Sembilan orang terbunuh dalam protes ganas selama tiga minggu di mana pihak polis dan pihak anti-kerajaan telah saling menyerang satu sama lain.
“Semalam, kira-kira pukul 9 atau 10 malam, keadaan di sini sangat menakutkan, sekumpulan perompak yang bersenjata datang dan mula merompak,” kata Hane Mustafa, pemilik sebuah pasaraya di El Valle.
Berpuluh-puluh kedai di kawasan itu turut menunjukkan tanda-tanda dirompak, seperti rak-rak kosong dan tingkap yang telah dipecahkan.
Kementerian Penerangan tidak memberikan jawapan apabila ditanya mengenai butiran kejadian.
Kerajaan Maduro setakat ini, tidak mengendahkan protes tersebut, yang dikatakan protes yang paling serius dalam tempoh tiga tahun.
Penujuk perasaan membantah pemerintahan Maduro yang disifatkan seperti diktator.
Reuters
Sat Apr 22 2017
Lapan orang maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian rompakan di Caracas Venezuela. - REUTERS/Carlos Garcia Rawlins
MOT tubuh pasukan petugas khas tangani isu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah & Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Sistem HS-WIM dijangka beroperasi tahun ini, mampu kesan kenderaan berat lebih muatan - Loke
Sistem High Speed - Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini.
SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima
Tujuh perkara telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupakan 'Nuri Terbang Malam'
Lagu asal nyanyian Qasim itu dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903.
MAHKAMAH BENAR RAYUAN SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Agenda Reformasi: Titah Adendum | Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Salehuddin Saidin berkongsi pandangan mengenai kebenaran diberi Mahkamah Rayuan untuk semakan kehakiman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Pantau Agenda Reformasi: Lembaran baharu Malaysia-Singapura
Apa signifikannya lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025 khususnya dalam menentukan hubungan dua hala Malaysia-Singapura, selain isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama?
8 penunjuk perasaan maut terkena renjatan elektrik di Venezuela
Kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan perompak memecah masuk ke dalam sebuah kedai roti di kawasan El Valle di Caracas.