Polis Zimbabwe berkata sejumlah 49 orang cedera dalam insiden letupan di perhimpunan politik Presiden Emmerson Mnangagwa pada Sabtu dan angka itu dijangka berubah.
"Kami menjangkakan jumlah itu meningkat kerana sesetengah mangsa mungkin tampil kemudian," kata jurucakap polis, Charity Charamba, kepada pemberita.
Beliau berkata "siasatan menyeluruh" sedang dijalankan di Stadium White City, Bulawayo di mana insiden letupan itu berlaku.
Sementara itu, Presiden Emmerson Mnangagwa berkata satu objek "telah meletup dalam jarak beberapa inci dari tempat saya berada - namun ajal saya belum tiba."
Rakaman video dari Stadium White City menunjukkan satu letupan berlaku begitu hampir dengan Mnangagwa ketika beliau bergerak meninggalkan pentas selepas berucap kepada para penyokongnya.
Beliau telah dibawa keluar dari tempat kejadian sejurus selepas letupan.
Presiden itu berada di Bulawayo, bandar kedua di Zimbabwe yang juga kubu kuat pembangkang, untuk berkempen bagi parti pimpinannya, Zanu-PF, menjelang pilihan raya di seluruh negara pada 30 Julai.
Beliau menjadi calon kegemaran untuk memenangi pilihan raya itu.
Pilihan raya itu merupakan yang pertama di Zimbabwe sejak bekas Presiden Robert Mugabe disingkir pada November setelah 37 tahun berkuasa.
Pilihan raya itu, yang didominasi isu-isu ekonomi, adalah yang pertama bakal dipantau oleh pemerhati antarabangsa sejak 2002.
Mnangagwa telah menyatakan bahawa pengundian akan berlangsung secara bebas dan adil.
Meskipun presiden tidak cedera, dua naib presiden Zimbabwe iaitu Kembo Mohadi mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala Constantino Chiwenga lebam di bahagian muka.
Pegawai lain, termasuk pengerusi wanita Parti Zanu-PF, Oppah Muchinguri-Kashiri, turut cedera bersama-sama beberapa anggota kru stesen penyiar rasmi, ZBC, dan kakitangan keselamatan.
Marry Chiwenga, isteri Naib Presiden Chiwenga, turut cedera dan beberapa gambar di media sosial menunjukkan presiden menziarahi beliau di hospital.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Mon Jun 25 2018

Pasukan medik memberi bantuan kepada mangsa yang cedera pada satu perhimpunan politik Presiden Emmerson Mnangagwa di Bulawayo, Zimbabwe, 23 Jun, 2018. REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.

Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.