Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian letupan bom kereta berhampiran parlimen Somalia di Mogadishu, pada Ahad.
Menurut pegawai polis, beberapa individu lain turut tercedera dalam insiden tersebut.
Asap tebal kelihatan menyelubungi pusat pemerikasaan keselamatan yang terletak kira-kira 200 meter dari pintu utama Istana Presiden.
Bom kereta itu meledak di pusat pemeriksaan keselamatan selepas anggota tentera memintas dan menghentikan sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Kapten Mohamed Hussein berkata, mangsa yang meninggal dunia termasuk dua anggota tentera manakala ramai daripada mereka yang cedera merupakan penunggang beca.
Tambah polis, beberapa jam sebelum insiden tersebut, satu lagi kejadian letupan bom kereta di luar ibu negara yang meragut dua nyawa turut berlaku.
Kedua-dua insiden ini berlaku tiga hari selepas kira-kira 14 orang terbunuh dan 10 orang cedera dalam letupan bom kereta dekat hotel Weheliye di jalan Makka Almukarramah.
BACA: 14 terbunuh dalam serangan bom kereta di Mogadishu
Mogadishu, ibu negeri Somalia merupakan sasaran kumpulan ekstremis Somalia al-Shabab, sebuah kumpulan ekstremis yang disifatkan paling bahaya di seluruh benua Afrika.
Agensi
Sun Mar 25 2018

Pasukan keselamatan memeriksa kawasan letupan yang berlaku berhampiran parlimen Somalia dan kementerian dalam negeri di Mogadishu. - Foto REUTERS/Feisal Omar

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna.

Pasaran sewa naik 3.9 peratus, tertinggi dalam lima tahun kepada purata RM2,052 - IQI
Kadar sewa nasional berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra COVID-19.

15 maut, pasukan keselamatan Somalia tamatkan kepungan di hotel
Lima anggota al-Shabab ditembak mati, manakala seorang lagi bertindak meletupkan dirinya.

Lima terbunuh letupan bom kereta di Somalia
Polis Somalia berkata, bom berkenaan meletup di tempat letak kereta di luar sebuah restoran berhampiran pos pemeriksaan pengawal presiden.

4 terbunuh dalam letupan bom kereta berhampiran parlimen Somalia
Sebuah bom kereta meletup dekat ibu pejabat parlimen Somali di Mogadishu membunuh sekurang-kurangnya empat orang termasuk pemandu.